Saturday, April 29, 2017

Parti Warisan Sabah janganlah Sampai dilabel ' Ibarat Melukut Di Tepi Gantang '


"Berputar pada sentimen kenegerian seperti yang hangat digempar gemburkan pucuk pimpinan parti secara idealnya dilepaskan pada Persatuan Persatuan Kebudayan atau NGO menanganinya dan bukanlah istihlah perjuangan yang dijadikan sebahagian dari hallmark didukung oleh sebuah Parti politik melainkan parti sedimikian telah ketandusan matlamat lantas kehilangan halatuju."























Merujuk kepada Artikel Shafie Apdal : Berikan Penghormatan Kepada Sambutan Pesta Kaamatan yang dipetik dari Portal Online Borneo Today bertarikh 26hb April 2017.

                
























Shafie Apdal (Gambar )




















Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.



KOMENTAR :

Bagaikan melukut ditepi gantang merupakan perumpaman Melayu yang mengambarkan sesuatu yang tidak dihargai sangat.

Bahasa yang digandingkan untuk peribahasa ini menjelaskan maksud adalah.." keluar tidak mengurangi , masuk tidak memenuhi , atau sama ada tiada atau ada , tidak memberi makna atau kesan"
Dalam bahasa Sabah , ukay ukay saja bah , indada pun ndak apa jugak.




Melukut adalah serpihan beras pecah yang bertaburan. Gantang adalah penyukat untuk sukatan

 Ikthibar yang diperolehi dari perumpaman ini amat memadai bertindak sebagai catalyst mengubah corak perjuangan Pemimpin.


Ia mengharuskan pimpinan tertinggi sebuah parti politik , umpamanya  Parti Warisan Sabah memberi sepenuhnya tumpuan pada hal ehwal semasa ' more pressing issues ' yang melanda penduduk negeri Sabah secara langsung mahupun secara tidak lansung.

Antaranya , perbezaan kos barangan keperluan harian,akibat sistem polisi Cabotaj yang mengutamakan survival konsortium perkapalan milik kartel tertentu dan dalam masa yang sama langkah monopolistic sedimikian menguntungkan Pelabuhan di Semenanjung membelakangkan kepentingan Pelabuhan di Sabah dan Sarawak.
.










Kondisi jalanraya di keseluruhan Negeri yang jelas tidak mengambarkan kesimbangan dari segi pelaksanan walaupun kekayaan hasil bumi Negeri Sabah merupakan penyumbang utama kepada pembinaan lebuhraya di Malaya.
Political Will yang rapuh dikalangan pemimpin negeri adalah punca utama keadaan ini berlarutan sejak penubuhan Malaysia.

                                                                                                                                                          

 Ini merupakan perkara perkara asas yang menghantui rakyat namun penyelesian belum kunjung tiba.




Ketiadaan bekalan air paip ' treated water' dan bekalan elektrik di kawasan pedalaman Sabah perlu dititik beratkan mengatasi isu budaya atau sosial. Kemiskinan dikalangan orang asal yang masih berluasa mencerminkan sebuah Negara yang gagal.
Perlu ditekankan untuk sebuah negara demokratik diistiharkan berjaya adalah dengan meniliti cara bagaimana layanan terhadap etnik indigenous minoriti oleh pihak berkuasa.



   

Kemiskinan tegar kalangan orang asal pedalaman Sabah mengharungi kehidupan tanpa bekalan air paip, tanpa elektrik, tanpa amenity asas. 


Sehubungan ini , untuk mencabar kewibawan "Status Quo" sedia ada , penekanan secara confrontational  keatas keperluan mengubah struktur agihan nisbah royalti minyak beserta dengan kuasa otonomi Sabah dalam pembentukan Malaysia merupakan antara isu panas dekat di hati penduduk negeri yang bukan setakat mampu melonjatkan populariti sebuah parti politik tetapi mampu juga mengubah pattern pengundian secara overall pada pilihanraya akan datang.

Dalam pada itu , ketentuan meletak calon pada pilihanraya akan datang perlu penilitian rapi . Sebaiknya calon terdiri dari muka baru tidak tercemar atau memikul " bagasi " politik .
Matlamat ini perlu disebut secara terperinci dalam manifesto .

Disusuli matlamat untuk merealisasikan pembinaan loji loji penapis minyak mentah serta konsentrasi aktiviti 'down streaming' hasil kelapa sawit dan oil and gas berpusat di Sabah dan langkah proaktif seumpamanya.

                Loji Penapis Minyak Terengganu di Kerteh, Terengganu

Galian Minyak Mentah Di Sabah  Loji Penapis Minyak Di Semenanjung


Memancing undi ( fishing expedition ) terutama dari kaum KDM melalui cadangan pengistiharan cuti seluruh Malaysia sempena Perayaan Pesta Menuai merupakan cara remeh yg seharusnya tidak perlu di beri penekanan atau di highlight sebagai usul yg akan dijadikan sebahagian daripada agenda parti.

Menumpu pada aspek peningkatan sumber pendapatan dan kualiti kehidupan serta budaya kerja cemerlang adalah pemangkin yang akan mencetus keinginan penduduk negeri untuk beralih dari lubuk "comfort zone" .
Terlalu banyak cuti akan membawa impak yang sebaliknya.


Parti Warisan sekiranya ingin menjadikan angan angan menarujui pucuk pimpinan negeri menjadi kenyataan perlu dalam masa terdekat ini menonjolkan keupayan untuk mengungguli Parti Parti lawan dari sudut kemampuan membawa perubahan radikal dalam soal sosio- ekonomi rakyat Sabah dan yang lebih utama mengadaptasikan pendekatan agar hasil bumi Negeri diagihkan secara saksama kepada segenap pelusuk warga negeri melalui konsep welfare state iaitu What belongs to the State goes back to its people literally.

Berputar pada sentimen kenegerian seperti yang hangat digempar gemburkan pucuk pimpinan parti secara idealnya dilepaskan pada Persatuan Persatuan Kebudayan atau NGO menaganinya dan bukanlah intipati yang dijadikan hallmark didukung oleh sebuah Parti politik melainkan parti sedimikian telah ketandusan matlamat lantas kehilangan halatuju.

No comments:

Post a Comment

Malaysian Good Values

You'll get a rough idea 😜 what Malaysian good values are..... Common thief Fatty Jho is still free as a bird...In Malaysian terms it...