Wednesday, January 26, 2011

Royal Comission Of Inquiry To Look Into The Death Of Teoh Beng Hock











By  :  DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue  :  PUTRAJAYA
Date  :  26/01/2011
Title  :  SURUHANJAYA SIASATAN - TEOH BENG HOCK


Pejabat Perdana Menteri
Saya ingin maklumkan bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah pun berkenan dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
Suruhanjaya Siasatan ini akan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Y.A. Tan Sri James Foong Cheng Yuen, Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Kadir Sulaiman, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, YBhg. Dato’ Selventhiranathan a/l Thiagarajah, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr. Bhupinder Singh dan. Pakar Perunding Psikiatri Forensik/Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.
Selain itu, YBhg. Dato’ Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya ini. Tiga pegawai kerajaan juga dilantik sebagai Pegawai Pengendali Suruhanjaya ini.
Mereka adalah Encik Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I), Encik Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya) dan Cik Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya).
Kerajaan juga menetapkan terma rujukan Suruhanjaya adalah seperti berikut;
a.            untuk menyiasat sama ada atau tidak terdapat apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan Teoh Beng Hock dalam perjalanan penyiasatan Laporan Shah Alam Nombor 0052/2009 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dengan Perintah-Perintah Tetap dan amalannya dan untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai, jika perlu; dan
      
b.            untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.
Suruhanjaya Siasatan ini dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah perlantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.


Note:  

This is the English version of the scope of reference for the Commission of inquiry.
To enquire whether  or not there was any impropriety in the conduct of the examination of Teoh Beng Hock in the course of an investigation into a Shah Alam report  0052/2009 by the Malaysian Anti Corruption Commission in relation to its standing orders and practices and to recommend any appropriate action, where necessary, and
To enquire into the death of Teoh Beng Hock and the circumstances surrounding and contributing to his death.

No comments:

Post a Comment

Malaysian Good Values

You'll get a rough idea 😜 what Malaysian good values are..... Common thief Fatty Jho is still free as a bird...In Malaysian terms it...